Wednesday, 21 September 2011

KOMEN Pengurus2 EPL Terhadap Pemain Baru Manchester United Dari Malaysia!!


"Tahinah! Semoga menjadi pemain terbaik dan paling bernilai lahir dari asia tenggara" itulah kata2 sinis Alex Ferguson sambil mengunyah gula getah yang dilemparkan terhadap pemain muda Manchester United yang baru dibeli dari MALAYSIA~ 


" Kami sedih tawaran gaji yang lumayan tak diendahkan oleh Ramli dan kami akan cuba membidanya pada masa akan datang " ayat harapan Mancini yang mahukan Ramli bermain di Manchester City.


" Pemain muda ini akan mengikut jejak langkah Fabregas lagi 2,3tahun " komen Wenger setelah cemburu terlepas mendapatkanya pada musim lalu.


" Kami dah mempunyai ramai pemain tua yang lebih berpengalaman, jadi kami xperlu pun nak dapatkan Ramli yang sekadar bekas penjual burger di kampungnya " - Hakikatnya pengurus Chelsea, Villa-Boas dah lama inginkan Ramli. 


" Siapa Ramli? saya rasa pencetak baju tercetak nama yang salah pada perlawanan tu. Minta penganjur Barclays saman NIKE " - Dalglish pura2 tak kenal sapa Ramli. 



Sejak pembelian hangat pemain terkenal dari Malaysia pada musim panas itu, beberapa plaza dan kedai2 di sempadan Thailand sedang hangat membuat pasaran  gelap dalam jualan borong terhadap jersi pemain bernama Ramli ini! Inilah untungnya menjadi pemain pertama negara yang mewakili bermain di kelab inggeris. Tahniah diucapkan kepada Ramli! Semoga terus berjaya dan cepat menyesuaikan diri dengan kehidupan disana. Harapan dari Malaysia sangat tinggi terhadap anda, bukan saja mendoakan malah memberi peluang baik kepada skuad negara pada masa hadapan!


psssst: Kalau benarlah ini berlaku? apakah terjadi akhbar2 kat Malaysia ni? keh3...

Saturday, 17 September 2011

Kenapa LELAKI tak suka main Teddy Bear?



Kalini nak citer pasal teddy bear!!! Jumpa jer benda ni.. awek2 mmg pantang nampak! suka maen2, peluk2, usik2 perut,ramas2 kepala, apetah lagi main bulu2 dia yang lembut haha! Berbeza lak dengan lelaki~ mereka agak kureng maen benda ni kalau ada pun satu dalam sejuta kot. Disini akan menceritakan kenapa lelaki tak suka maen teddy bear:

1) Nama pon Teddy, kalau selalu maen takut2 jadi Gay plak~

2) Teddy Bear mempunyai bulu yang lebat berbanding lelaki, ini mungkin mendatangkan kecemburuan yang melampau bagi lelaki yang ada hormon bulu yg lebat~

3) Kebanyakkan lelaki tidor ganas, ada kemungkinan teddy bear yg dipeluk tu akan hancur dalam masa sebulan~

4) Lelaki adalah golongan yang setia! Buktinya teddy bear ni kan mempunyai badan yang kecik walaupun empuk dan gebu, tapi lelaki xakan memilih dan memeluk teddy bear seperti mana memeluk perempuan. Jadi besar kemungkinan cara memeluk tu kureng puas~


5) Pemburu haram (biasanya lelaki) sukakan buru binatang, besar kemungkinan teddy bear ni salah satu yang bakal ditembak utk mendapatkan bulunya~

6) Tahap kekuatan lelaki bersin sangat kuat berbanding perempuan, besar kemungkinan pesakit resdung kurang meminati binatang berbulu2 ni~

7) Kecenderungan lelaki memandang wanita comel adalah sangat tinggi berbanding teddy bear yang comel~

8) Berbeza dgn perempuan, lelaki yang membela teddy bear ni biasanya adalah pemilik dan penjual teddy bear di kedai2 mereka~


9) Lelaki memilih barangan sukan dan games sebagai alat utk dimain di masa lapang, teddy bear gak adalah pilihan yg salah untuk dimain, Kalau main jugak takut2 teddy bear ni terjadi mangsa termain benda lain lak~

10) Walaupun teddy bear tak boleh main, tapi ada lelaki menggunakanya untuk online sebelah2~ pffft

Tuesday, 13 September 2011

Aku nak beli Jersi QPR! :P

Ada kat mana jual baju ni? Al-ikhsan? kedai Lotto? Padang Besar?  Rantau Panjang? Downtown Uptown Bazar Karat Pasar Malam???? aghhhh mana2 la aku tak kisah.. Janji ini jersi wa boleh dapat pakai ini tahun~! ngeh3~ Aku pakai bukan sebab awek2 ni~ tapi sebab aku bangga nama Malaysia sekali lagi masuk kat EPL selepas Proton pon pernah diletakkan lambangnya di Norwich dulu~ QPR ohh QPR!! :D



Saturday, 10 September 2011

Lirik Lagu Apa Dah Jadi - Cerekarama Oh Haram


Malam semalam aku tengok bola kat TV, apasal tah bola smlm sangat bosan ahaks~ tengah bosan2 tgk bola tu lah aku xtahu camane aku boleh tertukar channel tengok citer ni kat TV3. Dah bape tahun xlayan cerekarama tiba2 terlayan wahaha., Tajuk citer ni Oh Haram!!Adakah aku tengok sebab Rita Rudaini? Ataupun sebab Aqashah? :p Sebab sebelum ni aku tengok satu filem kat Astro, Aqashah jd V3: Samseng Jalanan haha..Tiba2 malamtu jadi alim bepserban plak kui3.. Maka aku layanlah sampai habes citer ni~ ending dia siap ada lagu camni lagi:



Apa dah jadi......2x 
orang lah islam dizaman it.
 apadah jadi......2x.
 Islam sekarang dek hukum sendiri, 
apa dah jadi. masyaallah. 
orang yang jahil pon nak berpuasa. 
apalagi yg usaha..nak kumpul pahala merata.
 puasa sehari bagailah nak gila.
 tapi sayang bila berbuka. 
penuh juadah satu meja. 
perut kenyang terus terlena~

Psssst: Macam2 citer skrg ni labuuuuuuuu~

Perbezaan Lelaki & Pompuan Bila Tengok Cermin~


Bila raya dah sampai ke pertengahan. Tak diakui semakin ramai merungut berat badan naik mendadak. Ini menyebabkan timbulnya perasaan lembik, lemah, kurang keyakinan diri, xnampak cantik hensem bla3~ Tapi kalini entri bukan nak citer pasal berat badan. Tlapi nak bezakan antara Laki dan Pompuan bila tengok cermin~ haha amacam? Sila memahami lah maksud mendalam gambar ni keh3~



Hahaha.. Betulkah? Kalau betul silah komen dibawah ea. Kalau salah nak komen pon xpe. Apa yang pasti, pompuan ni memang golongan cepat perasan. Makan sikit, takut gemok, nanti market jatuh nak pakai itu ini dah ketat macam sarung nangka. Berbeza plak dengan laki, babat terlipat kat perut seperti ibu mengandung pon xkesah, janji still maintan hensem dan bergaya nak2 bila berhadapan cermin! wahahaha...Jom tengok video ni jika anda selalu tertipu dengan cermin berhari2 tanpa sedari~ 


psssssst: Ohh patutlah aweks2 ni lebih lama bersiap depan cermin berbanding lelaki?~ :P

Soalan Bocor SPM~

Shhhhhhhh diam2..ini wa nak kasi pasal exam..ada soalan bocor bai.. jangan bagitau semua~ ni rahsia antara kita2 je tau. Dengar citer soalan bocor SPM tahun ni dah tersebar banyak di alam maya.. Betol ke?? kah3~ 2soalan je beb... Kalau rerasa ada duit jawablah dengan tenang k~ koi3...


psssssst: Ikutmu lah labuuu nak percaye ke tak hahaha~ 

VIDEO dan AYAT JEP SEPAH Mengumumkan Secara Rasmi Perpecahan Kumpulan Sepah~




Assalamualaikum, saya Jep Sepah.Emmm agak sedih jugak baru2 ni haa anda semua dikejutkan dgn berita tntg perpecahan Sepah. Memang amat menyedihkan jugak. Saya sendiri agak sayang utk membubarkan kumpulan Sepah tu. Tapi Semuanya berlaku dlm dunia ni bersebab. Bukan kita buat suka2. Tapi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd anda2 yg menyokong tidak henti2 beri kami sokongan dari kami menyertai MaharajaLawak sampai lah skrg. Jadi saya ingin menyeru kpd anda janganlah berhenti menyokng kami. Saya, Shuib dan Mamat. Walaupun kami berpecah tapi motif kami tetap sama utk menghiburkan anda yg xhenti2 meyokong kami. Jadi dgn ini sy  ingin beritahu secara rasminya FB sy yg dikelolakan oleh sy sndri iaitu facebook.com/fanclubjepsepah. ahaaa kat situ anda akan dpt lihat sgala aktiviti akan sy update melalui FB tu. Apa2 jua berita kalau kmusykilan anda boleh merujuk disitu dan sy jugk ada baru2 ni menjual cenderahati merchandise spt t-shirt,mug. Jadi kalau anda ingin mendapatkan barang2 tu boleh berhubung dgn tu lah facebook/jepsepah. haa cuma sy ingin beritahu kpd anda,mmg kami sudah berpecah. haa jangan dengar citer2 org laen psl sy sendri beritahu benda itu berpecah, mmg ada aalasn yg munsabah knp kami pecah, haa tp xpe itu pun dah berlalu,  cuma sy hrp anda trus myokong sy utk sy terus berkarya, ada dlm industri ini kerana sokongan anda sgt mngmbirakan dan mengharukan juga. terima kasih. halaah semputlah~






psssst: Goodluck Jep, Shuib dan Mamat~