Amacam ekk?? pew pew pew!! :D
Thursday, 29 September 2011
Saturday, 24 September 2011
Nama Ziana Zain Dan Ramlah Ram Apabila Di GOOGLE TRANSLATE:
Sekarang aku bukan nak tipu lah. Taiplah sendiri ayat ni kat Google Translate dan lihat keputusanya kahkahkah.
Kalau dipikirkan logik, betol ke omputih kat sana dipanggil jonas brother tu adalah Ziana Zain dan John Cena pulak adalah Ramlah Ram? hohohohoho! Entah lah labu. Papepun aku nak ucap TAK YAH UJI AKAL, TENGOK TRANSLATE TAHU. BODOH~ hahaha laen giler kot beza muka mereka ni dan yang pasti aku tak yakin yang artis di negara ni akan dipanggil ayat seperti nama omputih tu...
pssst: Itulah padahnya bila menggunakan nama utk ditranslate bahahaha!
Wednesday, 21 September 2011
KOMEN Pengurus2 EPL Terhadap Pemain Baru Manchester United Dari Malaysia!!
"Tahinah! Semoga menjadi pemain terbaik dan paling bernilai lahir dari asia tenggara" itulah kata2 sinis Alex Ferguson sambil mengunyah gula getah yang dilemparkan terhadap pemain muda Manchester United yang baru dibeli dari MALAYSIA~
" Kami sedih tawaran gaji yang lumayan tak diendahkan oleh Ramli dan kami akan cuba membidanya pada masa akan datang " ayat harapan Mancini yang mahukan Ramli bermain di Manchester City.
" Kami dah mempunyai ramai pemain tua yang lebih berpengalaman, jadi kami xperlu pun nak dapatkan Ramli yang sekadar bekas penjual burger di kampungnya " - Hakikatnya pengurus Chelsea, Villa-Boas dah lama inginkan Ramli.
" Siapa Ramli? saya rasa pencetak baju tercetak nama yang salah pada perlawanan tu. Minta penganjur Barclays saman NIKE " - Dalglish pura2 tak kenal sapa Ramli.
Sejak pembelian hangat pemain terkenal dari Malaysia pada musim panas itu, beberapa plaza dan kedai2 di sempadan Thailand sedang hangat membuat pasaran gelap dalam jualan borong terhadap jersi pemain bernama Ramli ini! Inilah untungnya menjadi pemain pertama negara yang mewakili bermain di kelab inggeris. Tahniah diucapkan kepada Ramli! Semoga terus berjaya dan cepat menyesuaikan diri dengan kehidupan disana. Harapan dari Malaysia sangat tinggi terhadap anda, bukan saja mendoakan malah memberi peluang baik kepada skuad negara pada masa hadapan!
psssst: Kalau benarlah ini berlaku? apakah terjadi akhbar2 kat Malaysia ni? keh3...
Saturday, 17 September 2011
Kenapa LELAKI tak suka main Teddy Bear?
Kalini nak citer pasal teddy bear!!! Jumpa jer benda ni.. awek2 mmg pantang nampak! suka maen2, peluk2, usik2 perut,ramas2 kepala, apetah lagi main bulu2 dia yang lembut haha! Berbeza lak dengan lelaki~ mereka agak kureng maen benda ni kalau ada pun satu dalam sejuta kot. Disini akan menceritakan kenapa lelaki tak suka maen teddy bear:
2) Teddy Bear mempunyai bulu yang lebat berbanding lelaki, ini mungkin mendatangkan kecemburuan yang melampau bagi lelaki yang ada hormon bulu yg lebat~
3) Kebanyakkan lelaki tidor ganas, ada kemungkinan teddy bear yg dipeluk tu akan hancur dalam masa sebulan~
4) Lelaki adalah golongan yang setia! Buktinya teddy bear ni kan mempunyai badan yang kecik walaupun empuk dan gebu, tapi lelaki xakan memilih dan memeluk teddy bear seperti mana memeluk perempuan. Jadi besar kemungkinan cara memeluk tu kureng puas~
5) Pemburu haram (biasanya lelaki) sukakan buru binatang, besar kemungkinan teddy bear ni salah satu yang bakal ditembak utk mendapatkan bulunya~
7) Kecenderungan lelaki memandang wanita comel adalah sangat tinggi berbanding teddy bear yang comel~
8) Berbeza dgn perempuan, lelaki yang membela teddy bear ni biasanya adalah pemilik dan penjual teddy bear di kedai2 mereka~
9) Lelaki memilih barangan sukan dan games sebagai alat utk dimain di masa lapang, teddy bear gak adalah pilihan yg salah untuk dimain, Kalau main jugak takut2 teddy bear ni terjadi mangsa termain benda lain lak~
Tuesday, 13 September 2011
Aku nak beli Jersi QPR! :P
Ada kat mana jual baju ni? Al-ikhsan? kedai Lotto? Padang Besar? Rantau Panjang? Downtown Uptown Bazar Karat Pasar Malam???? aghhhh mana2 la aku tak kisah.. Janji ini jersi wa boleh dapat pakai ini tahun~! ngeh3~ Aku pakai bukan sebab awek2 ni~ tapi sebab aku bangga nama Malaysia sekali lagi masuk kat EPL selepas Proton pon pernah diletakkan lambangnya di Norwich dulu~ QPR ohh QPR!! :D
Saturday, 10 September 2011
Lirik Lagu Apa Dah Jadi - Cerekarama Oh Haram
Malam semalam aku tengok bola kat TV, apasal tah bola smlm sangat bosan ahaks~ tengah bosan2 tgk bola tu lah aku xtahu camane aku boleh tertukar channel tengok citer ni kat TV3. Dah bape tahun xlayan cerekarama tiba2 terlayan wahaha., Tajuk citer ni Oh Haram!!Adakah aku tengok sebab Rita Rudaini? Ataupun sebab Aqashah? :p Sebab sebelum ni aku tengok satu filem kat Astro, Aqashah jd V3: Samseng Jalanan haha..Tiba2 malamtu jadi alim bepserban plak kui3.. Maka aku layanlah sampai habes citer ni~ ending dia siap ada lagu camni lagi:
Apa dah jadi......2x
orang lah islam dizaman it.
apadah jadi......2x.
Islam sekarang dek hukum sendiri,
apa dah jadi. masyaallah.
orang yang jahil pon nak berpuasa.
apalagi yg usaha..nak kumpul pahala merata.
puasa sehari bagailah nak gila.
tapi sayang bila berbuka.
penuh juadah satu meja.
perut kenyang terus terlena~
Psssst: Macam2 citer skrg ni labuuuuuuuu~
Subscribe to:
Posts (Atom)







