Wednesday, 21 September 2011

KOMEN Pengurus2 EPL Terhadap Pemain Baru Manchester United Dari Malaysia!!


"Tahinah! Semoga menjadi pemain terbaik dan paling bernilai lahir dari asia tenggara" itulah kata2 sinis Alex Ferguson sambil mengunyah gula getah yang dilemparkan terhadap pemain muda Manchester United yang baru dibeli dari MALAYSIA~ 


" Kami sedih tawaran gaji yang lumayan tak diendahkan oleh Ramli dan kami akan cuba membidanya pada masa akan datang " ayat harapan Mancini yang mahukan Ramli bermain di Manchester City.


" Pemain muda ini akan mengikut jejak langkah Fabregas lagi 2,3tahun " komen Wenger setelah cemburu terlepas mendapatkanya pada musim lalu.


" Kami dah mempunyai ramai pemain tua yang lebih berpengalaman, jadi kami xperlu pun nak dapatkan Ramli yang sekadar bekas penjual burger di kampungnya " - Hakikatnya pengurus Chelsea, Villa-Boas dah lama inginkan Ramli. 


" Siapa Ramli? saya rasa pencetak baju tercetak nama yang salah pada perlawanan tu. Minta penganjur Barclays saman NIKE " - Dalglish pura2 tak kenal sapa Ramli. 



Sejak pembelian hangat pemain terkenal dari Malaysia pada musim panas itu, beberapa plaza dan kedai2 di sempadan Thailand sedang hangat membuat pasaran  gelap dalam jualan borong terhadap jersi pemain bernama Ramli ini! Inilah untungnya menjadi pemain pertama negara yang mewakili bermain di kelab inggeris. Tahniah diucapkan kepada Ramli! Semoga terus berjaya dan cepat menyesuaikan diri dengan kehidupan disana. Harapan dari Malaysia sangat tinggi terhadap anda, bukan saja mendoakan malah memberi peluang baik kepada skuad negara pada masa hadapan!


psssst: Kalau benarlah ini berlaku? apakah terjadi akhbar2 kat Malaysia ni? keh3...

3 comments:

Shaiful said...

amboih...haha

junko-el-hida said...

hahaha..aku suka iklan nie..bila aku tengok first time dia tayang,aku tergelak tapi mane tahu kan..satu hari nanti..kita xle nk bayangkan masa akan dtg..

sempoi gile said...

hahahahah.. comment yang bernas... macam siot jek...