Saturday, 3 September 2011

Perkara Yang Tak Dapat Dielakkan Semasa Raya: 10 SEBAB BERGAMBAR TAPI.........




Salam Lebaran entri kalini nak sembang pasal Raya lagi! Tengah mood2 raya ni.. Memang perkara paling tak dapat dielakkan adalah BERGAMBAR!! Didalam BEST nya bergambar ni mesti xdapat dielakkan dari ayat TAPI.. Apa yang best pasal bergambar ni tapi berTAPI TAPI haha, meh sini pakcik nak citer:




1) BERGAMBAR NI MEMANG BEST sebab dapat tangkap utk buat memori la konon2 utk setiap kali perayaan.. tapi xbest bila xsemua famili balek beraya utk bergambar sama2 ( rasa mcm berkurengan sgt2 )~

2) BERGAMBAR NI MEMANG BEST woo..sebab nak tunjuk kat org lain yang famili dia bahagia sangat2 dengan baju yang cantik atau sedondon bla3..tapi xbest bila ada org ckp belakang dan kutuk kita over lah anak orang kaya la kuat perasan la ( ni biasa kes orang dengki dan jeles yg teramat lah ni haha )~

3) BERGAMBAR NI MEMANG BEST.. tapi jadi xbest kepada mereka yang ada kamera mahal2 cth kamera dssssssslr, kenapa? sebab jurugambar pemilik dsssssslr ni lah yg paling kurang gambarnya berbanding mereka yg suka mencapap dan gedik2 utk bergambar~ ngahaha ( tipulah jurugmbr ni xde perasaan nak ada orang amek muka dia gak kan :p )

4) BERGAMBAR NI MEMANG BEST..tapi sangat sakit hati ketika nak amek gambar memory full,, nak delete semua sayang..sakit hati menambah2 bila view gambar tu..balek2 muka same je dalam kamera tu~

5) BERGAMBAR NI MEMANG BEST..tapi sangat2 xbest bila sekali petik..nak tengok hasil cantik ke x gambar diambil tu.. 20x petik,20x nak tgk..last2 bateri mati..haprak pun xdak ( ni kes hampa la ni tgh beraya kat luar bateri mati ahaha..)~

6) BERGAMBAR NI MEMANG BEST..tapi menjadikanya ia xbest bila time nak transfer gambar, usb cable tertinggal plak bila nak transfer kt computer sesape2..memory dah full..nak delete syg.. last2 tunggu balek rumah, time nak upload kt Facebook Emel Blog baru dapat send kat orang yang nak tu ngahaha~

7) BERGAMBAR NI MEMANG BEST..tapi buat xbest bila asik dok sedap2 petik, apabila dah beberapa hari baru nak tgk hasilnya, pehhh kalau jadi xpe, ni sumpah muka merapu dan memengongkan utk tayangan umum cth ( gigi terjuih, mata kero, gambar senget, gambar gelap) last2 xjadi nak publish.. ( rugi2!! )

8) BERGAMBAR NI MEMANG BEST...tapi xtahan dengan tukang amek gambar yang agak lampi..nak picit pon teragak2..mengelabah...berpeluh sampai basah kamera..last2 bila dah picit..nak amek skali lagi..sebab xcntik la senget la gegar la...fuuuuuuu...kalau diulang sampai 5x konpem xberseri dah senyuman mereka yang bergambar tu! :p

9) BERGAMBAR NI MEMANG BEST..tapi xbest kalau xda orang yang sudi amek gambar dengan kita..nak2 harapan orang yg kita nak sama2 bergambar tu ditolak time2 hari raya ni~ wahahaha ( kamera ku bertepuk sebelah tangan )

10) BERGAMBAR NI MEMANG BEST..tapi lagi best kalau bergambar tu mulutnya ditutup..ini x..amek gambar jer, " adoiii buruknya muka, adoii gemok plak aku, adoiii baju aku kedut plak, sekali lagi sekali lagi amek kan!! " pfffffffft~