Tuesday, 30 August 2011

Kenapa Ogos 2011 Sangat Unik....



2011 telah menjadi tahun yang unik bagi aku~
Mana tak nya...Sepanjang hidup:

Jarang2 tgh melayan lagu raya, tiba2 terselit lagu merdeka!!
Jarang2 rancangan dan iklan di TV tengah2 beraya ada sifat patriotik tiba2!!
Jarang2 time Ramadhan & Syawal, ada kereta dan rumah mengibarkan Jalur Gemilang dgn megahnya!!
Jarang2 tgk orang ramai pakai baju melayu dan kurung untuk menyambut kemerdekaan kerana berselang sehari selepas hari raya!! ngeh3~
Jarang2 semalam beraya, tiba2 harini ramai update pasal merdeka kt FB!!
Tak pernah2 dalam satu bulan ( ogos ) ada Ramadhan, Aidilfitri dan Syawal!!
Tak pernah2 dapat merasai suasana yang indah seperti ini...
Itulah uniknya berada di bumi Malaysia ini..
Sambutan suka duka senyum rindu semua dirasai...
yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...........
Bangganya menjadi insan yang pernah menumpahkan darah disini..
Selamat pergi bulan ogos, Selamat datang September~
Inilah Merdeka Raya!!
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin dan
Salam Kemerdekaan yang ke 54!
"TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA"




psssst: "Merdeka...Merdeka...Merdeka!!" hari ni 31ogos laungan manusia, semalam laungan setan dibebaskan! keh3...

Monday, 29 August 2011

Maaf Papa... Rooney Xdapat Balek :(


Tooot2...tooot2... Panggilan datang, dengan segera aku mengangkat..

P= Pakcik
R= Rooney

P: Hallooo sapeni?
R: Papaaaaaaaa..ni Rooney la!
P: wahhhhhh Rooney! apakabar anakku...balek beraya x?
R: huhu maaf papa..arini Rooney dgn kengkawan raya kat sini jer..
P: Laaa napelak??
R: Pak Fergie xbagi balek...huhu
P: alaaaaaaaa abes xkn nak suro papa buka dan beraya sorang2???
R: emm maaf papa...memang xdapat balek..ada urusana dengan kegkawan ni..
P: Emmm ko ni..lupa daratan la,dah berjaya pon xingat Malaysia dah..huk3
R: Xpelaa papa..semalam papa tgk x Rooney maen?
P: Ko maen pelacur mana lagi ni?
R: Bodohlah papa ni..maen bola la..lawan Arsenal...menang 8-2 tu hahaha!







P: yeke???? wahhh seb bek la uma papa xde astro..lau x da lame papa jerit tanpa henti ni! hehehe
R: tahu xpe papa..rooney dapat hat trick lagi tau hahaha
P: wahh tahniah2..terubat sikit hati ni walaupun ko xbalek...
R: Thanx u papa!!
P: Takyah nak papa sangatlah..k lah..aku nak men meriam ni...
R: kenapa lak nak men meriam? papa minat arsenal ke?
P: kalau aku maen setan merah, kira aku menyambut sekali kedatangan setan yang dibebas dari ikatan ni..maklumlah dah Syawal ni..kenalah beringat sikit~
R: papejela.. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Papa!!
P: Zahir jer..ko dari dulu xpenah menang lawan kebatinan aku...
R: vavi tol..huk3 k da..chowwwww
P: papai....muahhhh selamat hari raya gak..
R: kbai

Sedih lagi...masih xbalek anak2ku tahun ni~ :( huhuhuhu



SELAMAT HARI RAYA DARI PAKCIK~





Allahuakbar3x... Alhamdulillah..Salam lebaran Salam Aidilfitri dan Salam Kemenangan keatas kejayaan semua umat Islam.. Perginya Ramadhan yang penuh barakah, datang pula bulan yang dirahmati iaitu Syawal! Alhamdulillah.. Selasa ini jatuhnya 1 Syawal, kepada umat Islam seluruh dunia akan menyambutnya dengan gembira bersama sanak saudara dan keluarga tercinta, Kepada yang kurang gembira, tabahkan diri anda untuk menghadapi ujian yang mendatang semoga anda sentiasa menjadi insan yang penuh kesabaran. Insyaallah.. Tahun ni baju melayu teluk belanga ( biasanya johor pakai yg xde koler ) pakcik adalah kaler oren.. ada sesape same x?

( sape puji hensem dapat duit raya saidina baahahaha )

Mula2, pakcik ingin memohon sejuta kemaafan andai terkasar bahasa, telanjur ucapan serta tercakap atau post yang kurang menyenangkan. Seperti diberitahu lebih awal lagi, blog dan page ni memang selalu memparkan ayat dan isu yg agak gile2 dan merepek sket..sket jerk haha.. Ada yang cakap, blog ni kenapa merepek dan xberfaedah ekk? jawapan pakcik senang jer.. Blog ni pon dah memang xberfaedah, kalau nak berfaedah dah banyak dah kat blog2 lain..sebabtu kita kena ada kelainan baru spesial hahaha~ papepun bergembiralah anda dihari raya ni yer.. puasa 6 pon boleh kalau lepas ni.. makanlah berpada2, rezeki tu ada dimana2.. Selamat bermarhaban k.. kemsalam kawan2 dan orang2 kampung sane k.. Terimakasih kerana anda terus menyokong Takyah Uji Akal ni.. Lu org sume mmg sempoi dan terbaek! Dengan ini pakcik nak ucapakan Merdeka...Merdeka...Merdeka...kepada semua rakyat Malaysia k~ Allahuakbar3x.... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!! :D oklah aku nak pi bakar lemang ni jap haha nak duit raya jemput la datang ke rumah, pintu setiasa tertutup~ ngeh3!



Saturday, 27 August 2011

Gempar: Apabila Pelita dan Lampu Raya BERGADUH!!!


VS


Hubungan keruh antara 2 pihak ini sudah berlarutan sejak sekian lama. Berikutan kemunculan lampu raya  yang mendapat sambutan menggalakan dari penduduk2 sekarang~ Ikuti dialog mereka yg sempat ditemubual mereka di konti TakYahUjiAkal fm aritu bersama DJ~

DJ = Dave
P= Pelita
LR= Lampu Raya

Dj= ASSALAMUALAIKUM SEMUA.. HAAA APA KABAR SEMUA?
P= Haaa wassalam. Xde kabar menarik pon, macam biasa lah. Sejak dah popular time raya ni, semua syarikat radio berlumba2 nak temubual dengan aku. xgitu? haha
LR= Wassalam. Sihat2.. Maklumlah semakin ramai memasang ku ni. Nak kerek lebih pon xboleh, karang batal puasa plak nanti ngeh3~



Dj= HAAA NI ABG DJ NAK TANYA NI,, BAGAIMANA SAMBUTAN KORANG MASA RAYA?
P= Sambutan aku? haha apela ko ni dj.tanya soalan merapu jer. Aku ni, time raya memang dah jadi simbolik la beb kat masyarakat melayu, dr dulu bila dah nak time ramadan atau 7 likur ke atau dah nak raya ke.dorang akan pasang aku beb.memang lah laku bai~
LR= Sambutan aku xla sehebat mana, tapi cukuplah makin lama makin ramai yang dah guna aku beb hahaha.. Aku ni bukan jek dapat sambutan kat kampung2 woi, malah kat bandar pon ramai giler pasang beb. tempat cam ko di kawasan rumah dan bangunan tinggi2 ada ke pasang? hahaha~


Dj= APA BUKTI KORANG CAKAP SAMBUTAN KORANG MAKIN LAKU NI?
P= Haha DJ. sekarang ni, lu pergi je mana2, ramai dah pasang aku beb. dulu aku ni pelita takde kaki, seiring dengan teknologi dah berubah. siap ada tongkat buluh beb. sape cakap rumah bandar xde pasang? bebual biar benar sikit tongoi... Orang bandar pon cari aku beb, baru feeling raya tu rasa. Lagipun bukan semua pasang selalu pelita ni! hahaha~
LR= Adoii lawak antarabangsa pon xlawak cam ko laa. Memang la ko tu sambut time puasa dan raya jer, kalau ko wat time raya cina xke pelik? aku ni lagi bagus bro, xkira hari raya apa, waktu apa, asal ada jer function, setiap masa aku boleh pasang beb. Sebabtulah aku malas nak cakap lebih. hahaha
P= tu tandanya aku special beb!! cuma puasa dan hari raya jer~
LR= sudahlah.speSial ada lah.dah la satu kaler jer. kaler api.. Aku ni bewarna warni beb! wakakaka~

Dj= EHH DAH2 TENANG2.. KORANG PUASA KAN? SABAR2..MAKIN PANAS KONTI KITA SEKARANG NI, JADI ANTARA KORANG NI KENAPA KORANG MENDAKWA KORANG LAGI BAGUS??
p= mestilah aku bagus. kemeriahan tu memancar beb, dak2 nak maen mercun dan bunga api pon pakai aku? kau ada ke? haha dah la pakai elektrik lak tu. Lau black out, memang haram gelap la kau. toksah nak bangga sangat kaler ko tu warna warni.siang2 takdenye orang nak open kau haha.aku ni siang ada malam pon ada beb hahaha~ ni baru unik dan orang kata terbaek!
LR= ekelehhhh...ko pikir ko jela boleh bukak siang? sahabat setan jek suke pasang ko waktu siang2. aku ni selagi tuan rumah tu ada duit nak bayer karen, 24 jam nak open aku pon boleh r. ko tu, leceh, nak kena isi minyak tanah lagi r. dah la minyak sekarang mahal. pastu faktor kebakaran pon banyak dari ko kalau ada kemalangan ke pape ke.. bahaya dok ko, aku dulu sekolah ingat cikgu ajar aku pepatah " api ni kecik jadi kawan, bila besar jadi lawan" ishhh takut aku dengan ko ni.sebabtu ko xdapat sambutan sgt skrg weyhh hahaha
P= weyh ckp baek2 dik, lu tu zaman2 milenium je baru muncul. zaman dulu xdanye nak wujud,hormat la sikit.aku ni legend bai. nak cakap ak nye minyak tanah mahal. haha ko ingat tarif elektrik tu murah ke? sikit2 terbakar.dah kene beli mentol baru bahahaha tu kalau sebiji mentol, kalau 7,8 tebakar. xke nak kena beli baru lagi? xmemasal masuk tong sampah
LR= ahhh banyak mulut plak org tua ni..jeles lah tu! dah la lemah, xtahan lama. Habes minyak jek xleh hidup dah. haha kene tiup angin pon kadang2 boleh padam kau pelita oi! wahaha..dah la busuk, panas, berminyak, wat hitam tangan jer..eyuwww...

Dj= DAH2 JANGAN GADUH.TENANG2.. KITA TERIMA PANGGILAN PULAK YE. HALLLO SAPA DISANA?
Pakcik= Hallooo aku ni..pakcik..ni nak telepon nak cakap dengan lampu raya dan pelita r.
Dj= HAA SILAKAN..
Pakcik= nak kata korang bodoh tapi dah lulus masuk sekolah memandu,  dok gaduh2 sapa hebat, sapa bagus r. sapa tahan lama lah. Kepala otak ko pernah pikir tak, manusia beli ko pakai apa?? kalau manusia xberduit jangan harap lah korang nak laku dalam penjualan beb, nak xnak duduklah diam2 korg kat kedai sampai raya tahun depan!
P & LR= Baik pakcik~ :D gegege..gunalah kami ye sempena raya ni!
pakcik= memey la!!~
Dj= haha dah3..terimakasih pakcik kerana meleraikan pergaduhan tadi. Mari kita dengarkan lagu daripada Siti, hanya di Takyahujiakal FM!!!










Mereka ni melihat ANAK BULAN Menggunakan __________~


Salam Ramadhan.. Haa dengan Ramadhan dah nak pergi ni, tiba lah Syawal pulak. Macam biasalah, setiap tahun mesti ada pengungumana mohor raja2.. Apa yang best kalini, Pakcik dah survey. macamana kebanyakkan mereka yang meneropong untuk melihat anak bulan ni. Setiap orang ada cara tersendiri dengan menggunakan apa mereka teropong haha:


Friday, 26 August 2011

PANAS: 5 Faktor Salah Punca Steve Jobs Bersara dari APPLE!!



Emmm kalini nak sembang pasal APPLE.. Sejak Steve Jobs bersara dan letak jawatan kerana faktor umur dan kesihatan yang semakin kritikal. Ada yg cakap beliau sakit dan susah nak berdiri lah. Tapi dalam gambar yang diambil dari TMZ ni, beliau still boleh berjalan lagi tu. rilek jer. apamacam? Haha jadi xtahulah betol ke tak samada pic ni real atau fake. Semua tahu yang dia adalah CEO Apple ni.. Sejurus selepas dia meletak jawatan, aku dengar jatuh teruk saham company ni.. Papepun entri kali ni bukan nak sembang pasal diri beliau tapi cerita pasal faktor SALAH punca Steve Jobs bersara dari APPLE ni ngeh3~ Jom Terjah! hahaha:



1) Kes Fakta salah pertama adalah dari BATU punca Steve Jobs bersara.! Dari citer yg auta yang aku dengar, hampir semua penduduk zaman batu membuat demonstrasi di gua2 untuk Apple memohon maaf kerana menggunakan teknologi yang hampir serupa dengan ciptaan zaman batu.. ! Ini menyebabkan berlaku perbandingan teknologi paling terhebat dalam duina ini!






2) Sekali lagi, Fakta SALAH dari para penternak buah-buahan tembikai yang telah melabelkan iPad sebagai barang peniru!! Ini berikutan berkurangnya penjualan dan jatuhnya harga pasaran buah tembikai di seluruh dunia. Jurucakap Menteri Tembikai Sedunia " Kita mesti hapuskan iPad kerana telah menyebabkan kerugian kepada Boss2 kita, terutama perniagaan Boss dlm penjualan kita secara borong "- tegasnya. Dan ini suara dari Menteri Pembangkang Tembikai " Kalau iPad tak dihapuskan, seluruh warga tembikai akan hidup lebih lama kerana tak dimakan manusia, ( sambil merujuk kedai2 jus minuman ). Hidup Tembikai! "






3) Menteri Pembangunan dan Hak Asasi Pad telah melabelkan iPad sebagai barang yang harus dilupuskan berikutan ramai manusia mengambil kesempatan untuk menjadikanya barang simpanan selain dijadikan beg bagi menyimpan iPad. Jika ini berlarutan, maka taraf pad2 seluruh dunia akan jatuh kerana ia bukan sahaja dipakai oleh wanita, malah lelaki mahupun anak2 kecil pon akan merasai pengalaman memegangnya!




4) Faktor menganjing telah menjadi salah satu Fakta SALAH yang Steve Jobs harus bersara dari dunia teknologi tersebut. Tegas pemilik yang mensellotape epal di belakang laptop  ini berkata, " Saya sedar saya xmampu membelinya dengan harga yg murah. Oleh sebab itu saya sering diejek rakan2 saya kerana memakai laptop sebesar gajah yg mempunyai ciri2 kemodenan tahap kuno, tapi cukuplah saya membeli sebiji epal serta sellotape yang nilainya xdelah sampai RM2"




5) Golongan veteran katak telah menyatakan bahawa golongan muda katak sangat lupa diri! bukan itu sahaja malah katak2 muda sudah lupa jasa dimana asal usul sepatutnya daun yg harus diduduki ketika bertenggek. Bukan seperti gambar diatas. Ini menyebabkan berlaku peperangan antara katak yang menyebabkan banyak katak diancam kepupusan~ *sedih





6) Tekanan bahawa selepas wujudnya iPhone dan iPad seterusnya iBoard dan iMat menyebabkan beliau bersara adalah salah satu fakta paling pembohong dan SALAH! beliau sudah pun bersara dan sessungguhnya fakta2 salah yang anda dengar ini adalah satu pembohongan yang nyata! Mana mungkin teknologinya akan semakin membesar gedabak seperti gambar diatas ngokkk..


psssst: best main Angry Bird kat iPad ni~ ngeh3...


Sah 3 Pemain Muda Malaysia Telah Mewakili Kelab Eropah


Tahniah Tahniah Tahniah!!
Tiga Anak Harimau telah berjaya bermain di Eropah, iaitu kelab Slovakia Fc ViOn Zlarte Moravce! Mereka akan menimba pelbagai ilmu dan pengalaman sepanjang pinjaman di sana~

 Seorang lagi kapten Malaysia, Safiq Rahim akan menjalani percubaan di kelab Cardiff City pada bulan depan..pehh memang menambah2 la skuad Malaysia maen kat Eropah pasni yang sebelum ni pun ada gak berita tentang Baddrol Bakhtiar utk diuji bersama Wigan~ Ini bukan sahaja memberi kelebihan pada skuad Harimau pada masa akan datang bagi menghadapi Kelayakan Olimpik,Sukan Asia,Sukan Sea dan pertandingan2 lain, malah memberi pemain2 lain lebih semangat untuk bermain di Eropah~ TANAH TUMPAHNYA DARAHKU <3

Pssstt; Irfan Fazail cakap dalam komen status FB dia "pakai jersi no 27 !!! sbb 27hb geng2 sy da nk balik msia.... selamat hari raya aidilfitri!!!!" hahaha!

Video: Muka Hantu Yang Paling Seram~





Sempena nak hari raya ni.. Orang pasti  xsabar2 nak countdown syaitan nak terlepas balik beb! haaaaaa kalini video ni akan memaparkan seorang bapak yang mempunyai anak kecik. Bapak ni akan menguji anaknya dengan muka yang penuh ketakutan!!! So apa lagi, kita tgk reaksi baby ni:



video



Kesimpulan:

1) Kemungkinan bapaknya perangai macam setan~
2) Jangan kecik hati bila dapat anak macamni~
3) Manusia diciptakan adalah sempurna, janganlah merendah diri~
4) Sedarlah diri bahawa kehenseman seseorang itu adalah pinjaman~
5) Tak yah uji akal, tengok muka tahu. SERAM! wahaha

Tips: Cara Mengelakkan Kemalangan Mampus dan Tempat2 Speed Trap Sempena Hari Raya!



Hmmmmm macam biasa, bila tiba nak raya. Lagi2 harini dah hari jumaat, lautan manusia serta kenderaan menghuni jalan2 dan lebuhraya di Malaysia ini semakin meningkat. Semua niat kepulangan cuma satu, untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga dan sanak saudara yang tercinta kan! Tapi yang sedihnya, jalan raya sekarang dah macam tapak perkuburan. Mana2 jer ada jek kes kematian. Kat sini Pakcik ada tips2 bagaimana nak mengelakkan kejadian mati di jalan raya dengan sempoi k, layannnnnn~

1) KECUAIAN PEMANDU
Bahayanya bila memandu dalam keadaan cuai, bukan saja membunuh diri sendiri, malah nyawa orang lain beb. Lagi 1 kalau ko memandu dlm keadaan ngantuk, berehat la kat R&R beb. Jangan ngantuk punya pasal, ko bajet hebat dgn pasang azam niat yg tinggi " aku yakin boleh sampai," kejap jek ni lg " tahan3"...haha bila dah terjadi, tahan la anda dgn siksaan kematian, tu kalau mati, kalau hidup..dah sah2 menyusahkan diri sendiri. Jadi rancanglah perjalanan anda dengan tenang dan selamat tanpa tergesa2. Kampung xlari pun beb~ Dan kepada penumpang xkiralah duduk depan ke belakang, pakai tali pinggang keledar sebagai keselamatan diri anda jugak beb~

Sape wat kartun ni memang gampang bahaha~


2) KELAJUAN
Bawak laju memang best woo.nikmat dia memang enjoy la. Tapi tgh2 jam hari raya ni. Wajar ke pecut sampai 160km/j kt highway apetah lagi kat jalan persekutuan mahupun jalan bandar? memang lah lori takdak sgt time tu. tapi kereta motor konpem bersepah woo. yang xboleh blah, ada pemandu xdapat hilang sabar, potong ikut lorong kecemasan. ( aku xtau apa dia nak kejar biasanya kat highway) dan paling best ada yg ghairah nak memotong2 sampai maen high beam 5,6x.. Kepalaa buu dia r..tahula kereta mewah tp respek la orang lain dok~ pikir hg sorg ja ka kereta ada lampu? nak cepat2 potong kereta depan pun slow.kui3~

3) PEMALAS NAK SERVIS
Kereta mahal, bini cantik dan laki hensem, anak ramai macam satu team futsal, pakaian mampu beli sampai 5,6beg dalam but kereta. Tapi pemalas nak servis adalah satu perkara paling takyahujiakal dalam hidup. Pehhh xsalah kot spend sikit duit untuk kereta dan nyawa sendiri. Alasan xsempat dan yakin dengan kehebatan kereta anda adalah karut lagi marut dalam pemanduan. Karang jadi pape xke nyusahkan diri sendiri dan orang lain? Lagi satu sikap org2 kita ni, dah nak hujung2 raya baru sibuk nak servis kt kedai. ( lain la kalau geti ) sian abg pomen oi..diorang pon nak gak raya konpem2 la kedai tutup awal haha.. Apapun, check2 la brek, minyak hitam, lampu, tayar, viper dan macam2 lagi boleh beb.

4) TEGING TAK BERTEMPAT
Orang lain pon nak beraya, tapi takde lah sampai xsempat nak sampai kampung yg amek masa perjalanan sampai 3hari. ada si bodoh maen hembus jek langgar lampu merah, ada yang masalah lagi pada sstgh mereka yg malas nak pakai helmet, anggap "alahh jalan kampung je kot watpe nak pakai" haha mmg la boleh anggap camtu, tapi tak pikir ke time raya ni bape helai kereta yang ada? dan aku xheran knp banyak motor eksiden. hmm lagi satu, pasal pejalan kaki pon ada yang rasa diri sekebal Superman. Ada jejantas nak jugak lintas bawah. Ada ruang pejalan kaki (kalau ada r) , nak jugak jalan kat tepi jalan raya. Memotong double line pon biasa gak, mana2 ada. Tapi lagi terbaek kalau ko potong double line tgh naik bukit, silap2 bertembung lori balak memang cun gak. So, jadikanlah kesabaran dalam memandu. Standard r Raya memang la jam~



5) BERDOA KEPADANYA
Sementara adanya lagi Ramadhan ni, xsalah kita lengkapkan amalan dimalam2 terakhir ni dalam mengejar Lailatulqadar, mohon doa kepadanya agar sihat dan selamat pergi dan balik ke destinasi yang ditujui. Insyaallah. Xlupa juga sebelum memandu, bacalah doa naik kenderaan. Ada yang excited naik kereta pasang lagu raya kalau boleh speaker nak kasi pecah biar kereta sebelah dengar, tapi doa lupa nak baca parah gak, ni doa dia...




Semakin banyak kenderaan, semakin banyak kemalangan. Pandu dengan Cermat Ingatlah orang yang tersayang! Ikat dengan ketat! Jauhilah jarak kenderaan semasa memandu! Selamat Hari Raya jugak kepada petugas2 dan pihak berkuasa yang telah diamanahkan dalam menjaga jalan raya sempena hari raya ini. Jasa korang dalam mengawal dan mendisiplinkan pemandu memang terbaik~ Xlupa kurangnya selamat hari raya kepada mereka yang terkena speed trap haha rm300 lah jawabnya. kat sini aku ada jumpa banyak kat FB org post pasal tempat2 speed trap la. aku copy paste jela:

KAWASAN SPEED TRAP. Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:

1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

Jaga-jaga

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang



Hmmm dah hapal dah tempat2 ni?? haha meh sini pakcik nak tunjuk satu video yang sangat memberi pengajaran. Tahniah kepada director dan pelakon dalam video klip ni.. Cara anda membuat ni dah boleh menyedarkan banyak nyawa2 disana beb! Layannn:



pssssst: Selalu dengar berita kematian di jalan raya di akhbar dan TV, bila dah terjadi kat sedara sendiri baru tahu betapa terkejut dan sedihnya mendengar~ SELAMAT HARI RAYA!

Thursday, 25 August 2011

Apakah nama gabungan bila MERDEKA dan HARI RAYA disatukan?


Haaaa tahun ini sekali lagi menjadi tahun yang unik bagi musim perayaan~ Masih ingatkah peristiwa dulu2 dimana Hari Raya yang berdekatan dengan Gong Xi Fa Cai dipanggil Kongsi Raya haha~ Kalau Deepavali dan Hari Raya jadi pulak DeepaRaya.. Adoii macam2~ Abes tahun ni ape plak jawapan yang sepatutnya bila gabungan HARI RAYA dan MERDEKA pada 31Ogos ni?Haha pakcik malas jawapan dulu.. Kita tengok apa kata survey ngehehe:





Video: Awek Ni Sendawa Beriramalah!



Ada rupa sapa awek ni? macam kawan korang ke? haha~ Kalau takde jom kite terus terjah direct entri ini!




Sendawa. Pasti orang pernah sendawa dalam hidup. Xkiralah selepas makan, atau tengah lapar ke. Pasti mengalami sendawa! Banyak angin adalah salah satu faktor kita sendawa. Tapi kalini entri akan menceritakan tentang seorang awek yang boleh orang kata ada rupa lah tapi xkena dengan perangai~ bahaha mungkin korang xpaham maksud aku pada yang xpernah tengok lagi video ni. Mari pakcik tunjukkan macamana gaya minah ni sendawa dengan gayanya tersendiri yer!

video


Hahaha amacam? boleh buat? Takyahuji luaran.Tengok dulu sendawa berapa marhalah pergi bahaha~ Tahniah awek ni termasuk senarai blog Takyahujiakal ini kerana telah membuatkan manusia memikir pelbagai persolan diminda! cewwah..

Wednesday, 24 August 2011

Serius: Kenapa CINTA dan KENTUT tak dapat DIPISAHKAN!


Entri kalini ini melibatkan CINTA dan KENTUT yg memang xdapat dipisahkan!!
Kenapa???  Mari dengar puisi ini semenjak~




CINTA dan KENTUT tidak bisa ditahan, keduanya bisa menjadi lega bila terlaksana...


CINTA tertahan = Sengsara, KENTUT ditahan = Menderita


Kalau CINTA dan KENTUT keras bersuara, tentu perasaan menjadi lega...


CINTA terhasil malu-malu tapi mau, KENTUT malu-malu tapi berbau.


CINTA tanpa rasa, bukan CINTA namanya, KENTUT tak berbau, bukan KENTUT namanya.


CINTA itu rapuh, KENTUT itu bau.


CINTA itu halus, KENTUT itu virus.


CINTA diam-diam membuat orang mabuk kepayang, KENTUT diam-diam membuat orang mabuk kepalang.


CINTA bagi kebanyakan orang muda, “Ahhh, kecik2 dah CINTA monyet…!”


KENTUT didepan banyak orang, “ Nakharom sapa KENTUT ni…!”


CINTA dan KENTUT sama-sama sering dicari:


Kalau sudah CINTA: “Dimana engkau duhai kekasih?”








Kalo sudah KENTUT: “Siapa yang KENTUT ni siaaa??? demmmmmm~


Hahaha camtulah puisinya......
papepun inilah salah satu video yang akan memaparkan sifat sebenar KENTUT dan CINTA dalam mengejutkan seseorang~ JOM KENTUT BERSAMA CINTA bahahaha:


video


pssst: masa mula kawen, kentut pon wangi..pak diaaa, letak ampi pur ka celah kangkang? ish3~

Cara Menurunkan 20kg Berat Badan Dengan Cepat!





Selamat Pagi! Macam biasa~ Kalini takyah uji akal akan membawa satu khabar baek kepada anda diluar sana yang mengalami obesiti terlampau dibulan2 Ramadhan ni! haaa entri kalini akan menceritakan video di mana Pakcik Tua ( dulu kawan lama ) akan mengajar anda cara2 untuk kurus dengan mudah. Boleh dibawak kemana dan menguji cara ini jika anda berpeluang untuk melakukanya k~ Cara ini tanpa diet, tanpa senama, tanpa pengambilan ubat2tan mahupun pembedahan menyedut lemak dan babat dengan jayanya! Selamat Mencuba Kaedah  ini:


video



Ok. Terimakasih Pakcik Tua. Kerana bukan sahaja kekreatifan anda dalam membuat penampilan. Malah kepandaian terbaek kamu kerana tergolong muka anda dalam blog ini! wahahaha jom cuba!


pssssst: pehhh Ramadhan dah naek, Syawal xkan makin menurun? pehhh pehhh pehhh!


Tuesday, 23 August 2011

Kisah2 Suka Duka SONGKOK menjelang raya~


Harini pakcik akan menerumah sebeberapa jenis songkok yang berada di tanah air ni. Songkok macam biasalah, semua orang tahu pakaian letak kat mana~ Pakaian songkok ni bukan sahaja dipakai time hari raya dan solat jer, ada jugak yang pakai di sekolah, tempat kerja, majlis2 perkahwinan, kematian dan lain2. Mari kita ikut perbualan songkok ni:



SONGKOK BESAIZ KECIL:

" Heeeee saya songkok yang kecik. Saya memang antara yang bertuah tau. Bayangkanlah umur kecik2 macam saya, dah ada orang beli. Biasa saya dipakai dikepala budak2 kecik. Saya bangga saya dijual dengan kecik tau! tapi sayang, jangka hayat saya xpanjang. Bayangkan bila budak tu semakin membesar, kepala dia pun ikut sekali. memang sedih r. Saya xmuat untuk dipakai. Selepas itu saya disimpan di tempat berhabuk sehinggalah saya dibuang selepas dah ada songkok yang baru muncul. Kadang2 yg xboleh tahan. budak2 sekolah kecik yg xmatang buat saya macam ragbi. diorang baling2 saya wahhh nak nangis :( "

SONGKOK DEWASA:

" Hmmm mana2 pergi, lelaki akan mencari aku beb. lagi2 dah nak raya. Aku sangat bangga wooo. Bukan nak berlagak tapi ini hakikat beb. Aku memang menjadi perhatian ar bagi yang kepala size 21 ke atas kan kan. Sebab ramai lelaki dewasa pon byk kepala size mcm aku. Time raya jek best beb aku dibawak kemana2, diambil gambar, masuk facebook lagi beb hahaha satu dunia tgk aku! bangga x? tanpa mengira umur dan pangkat aku dipakai dimana2 kalau ada majlis ke ape ke. Tapi syg, kadang2 orang cm aku ni, biasalah. ada jangka hayat dia. setiap tahun jek nak tukar, atau setiap 2tahun nak tukar atau sebaliknya. Mana x, kepala basah2, pakai aku. pastu kain aku lembik. nilah akibat berpeluh selalu. yg xley blah, ada yg pakai aku ni cuma hari raya je. pastu simpan sampai bersawang. Dah berhabuk,,,, macam biasalah....... :(  { malas nak nangis nanti ego aku sbgai songkok dewasa jatuh }" - tambah beliau golongan budak2 skrg ni lebih suka pakai topi kalau berjalan2.

SONGKOK BALDU:

" Wahhhh hidup aku ni penuh dengan kelembutan. Setiap manusia yang beli aku mesti puasa hati beb! mana xnye, dah la lembut bukan saja diluaran malah didalaman! haha..besst woo pakai aku. Aku ni memang dilahirkan bulu yang lembut ( bukan mat lembut ) sebabtu harga aku mahal beb! tapi sayang, xsemua nak beli aku sebab aku mahal, lagipun xsemua ada jual harga aku dengan murah. aku sedar sape aku. yelah org mahal kan sobsob :( tapi kalau nak terbaek cari lah aku haha aku tau korang sume sayang aku kan even mahal camane heheehe "

SONGKOK TINGGI:

" Emm aku ni mmg style org lame2 kan?? haha nak kata aku ni byk protein masa awal baligh dulu, xdak la jugak. aku lambat gak pramatang tapi boleh dikira legend r. Tapi cukuplah membuktikan aku paling tinggi dalam kesemua songkok bahaha! Dah la tinggi, pastu mencapap, pegi mana2, orang pasti akan jeling tgk aku. Yela,, unik kan haha,, tapi dalam kebanggaan pasti akan sedih gak.. kdg2 ada org gelak aku ni tinggi sgt. ( jeleslah tu ) dan ada mendakwa org cm aku ni cume layak maen zapin jer~ " pffft..

SONGKOK MALAYSIA:

Wahhh ini aku bangga sbb ada orang pakai songkok Malaysia. Tandanya ramai cintakan aku yang dililiti jalur gemilang. Mungkin bapak aku ni ada sejarah keturunan berpatriotik yang lahir sebelum  merdeka kot sebab semangat orang yang pakai ni lain macam sikit. Memang x diakui ramai kanak2 memakai ku, dewasa pon ada gak ( tapi xramai ) tapi yg aku banyak nampak sekarang, pekerja2 restoran mamak lak semakin ramai memakai aku. xpelah, papepun aku tetap aku dicipta di Tanah Tumpahnya Darah ku.. Dah gi cari songkok lain plak la nak interview. Banyak kerja Raya dan Merdeka aku nak wat tahun ni. kbai~

Sebab Utama Nasri Mahu Meninggalkan Arsenal!




Ohh ini antara cerita panas yang aku Google Translate dan edit2 sikit dari laman web Arsenal.com wahaha! Sekarang ni sume heboh pasal Nasri nak pindah lagi2 dgn dua aksi Arsenal sebelum ni yg agak kureng apetah lagi lepas tengok kejayaan yg diperolehi dari bekas sahabat dari kelabnya tu, Fabregas. Antaranya ayat2 Wenger yang semakin gundah gulana:


Arsene Wenger memutuskan untuk membiarkan Samir Nasri meninggalkan kerana "sebab-sebab psikologi dan kewangan". ( sampai sekarang aku tak paham psikologi apa yang Wenger maksudkan dan kewangan pulak adakah bermaksud Nasri ni gila duit? adakah dia bakal mengikuti jejak langkah Adebayor? entahla labuu).


Arsenal bersetuju dengan Manchester City untuk membeli pemain tengah itu pada hari Selasa, sejurus sebelum sampingan Emirates Stadium bertolak ke Udinese untuk Liga Juara-Juara, Perlawanan Play-off ( Nampaknya peluang Manutd semakin tipis untuk berebut Nasri dan Mancini tak akan beli Nasri kalau dia dah diturunkan oleh Arsenal untuk game menentang Udinese nanti kui3)
"Saya tidak mempersoalkan komitmen Samir Nasri atau profesionalismanya. Jika saya berkata kepadanya 'anda datang dengan kami dan bermain', dia akan dimainkan seperti dia lakukan pada hari Sabtu tetapi dia tertanya-tanya apa jenis komitmen yang Nasri mahu. Kita tidak mahu kehilangan Fabregas, tetapi kami terpaksa ke dalam keadaan kami tid
ak mahu. Nasri adalah keadaan di mana pemain tidak mahu melanjutkan kontrak beliau dengan cadangan dia tempat lain. Apakah komitmen anda boleh apabila pemain tidak ada jangka panjang? Itu adalah soalan yang anda perlu menjawab. "


pssst: Dah ramai player keluar City keluar sbb xthn duduk bangku simpanan,  Duit bukan segala2nya utk kejayaan tapi segala2nya memerlukan duit haha camne tuh??

Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal Di Kawasan Anda!!



Wahhhh satu petikan Kosmo harini memberitahu dari Kuala Lumpur, bahawa Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini. Bermakna 29 Ogos ni lebih kurang 5 hari jela lagi untuk hari ni!!Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini, kawasan yang korang boleh tengok dan ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di:

1) Pontian Kecil, Johor~
2) Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka~
3)Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan~
4) Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor;
5) Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak~
6) Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang~
7) Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah~
8) Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu~
9) Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan~
10) Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berincang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang~
11) Kuala Sungai Baru, Perlis~
12) Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya~
13) Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak~
14) Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah~


psssst: teropong melihat keindahan Allah~ :D

Video: Lelaki Mesti Berhati2 Kalau Nak Gatal Depan Perempuan!




Emmm sesetengah lelaki gatal, suka sangat mengambil kesempatan untuk melihat bentuk badan perempuan dari belakang ( kalau perempuan tu seksi r). Mungkin kerana itu lumrah lelaki yang 1nafsu ke? Tak tahula. Pakcik bukanya pernah ada penyakit gatal2 ni pon. Almaklumlah rajin mandi bersabun Lifebuoy haha tapi dalam video ni akan ceritakan kenapa lelaki mesti jauhi dari melihat perkara camni didepan perempuan lain. memang bala lah kena xmemasal wahahaha. Jom layan:

video

Tahniah kepada lelaki ini kerana telah menempatkan muka anda dalam ruangan blog takyahuji akal ini. Kepada mereka diluar sana. Janganlah cuba gatal2 dengan buat perkara bodoh camni eh. Nak jeling boleh, tapi jangan over.sendiri padah. Padan muka! wahahah :D

Jom Baca Luahan Sedih Mereka Yang Tak Dapat Beraya Bersama Keluarga!


Salam perantauan kepada mereka yang telah memberi komen terbaik dalam mengutuskan selamat hari raya. Meskipun anda tidak dapat beraya dan mencium tangan ibu bapa pada hari raya yang mulia ini. Mehh sini pakcik telah mendedikasi supaya adelah sanak saudara dan keluarga anda tercinta membaca kisah dan luahan sedih dari anda ni yer~




Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin semua. Kepada anda yang xdapat balek, jauhilah mendengar lagu Balik Kampung dari Sudirman yer.. sobsob~ kalau tangan gatal gak nak melayan...haaa dengar jelah..pakcik xlarang pon. tapi ini versi NEW BOYZ la.. aku tahu ramai peminat kumpulan ni dulu2 haha ( dulu korg siap simpan poster dan gmbr tomok dlm dompet xyh nak wat2 xngaku la baahahaha) :




pssssst: rambut pakcik dulu belah tengah~ smpi skrg...

Antara Setan2 Yang Tak Dibelenggu Time Ramadhan!



Diam tak diam, kita tinggal beberapa hari lagi nak berpuasa. Pantas sekali Ramadhan hampir berlalu. Apakah Ramadhan kita kali ini lebih baik dari sebelumnya? Syawal sudahpun medekati kita. Setan plak sedang bercountdown utk dilepaskan. Ada manusia yang takut bila setan dah nak dibebaskan, ada yang sebaliknya. Tapi rupa2nya, terdapat jugak setan2 yang xdibelenggu pada Ramadhan kali ini! Siapa dia setan dimaksudkan itu? Mari kita lihat wajah dan golongan dia:

1) Manchester United


Manchester United. Hmmmm aku ingat bila time Ramadhan. Setan kat logo ni makin pupus, rupanya makin berlambak pakai dan tengok match dia! wahaha..yang xboleh blah, siap kali ada game dan selepas game, penuh news feed pasal Manutd antaranya " Xsabar betol nak tgk game Manutd ni. GGMU <3 ",, " Yeahh player muda ternyata lebih bagus. Tahniah menang 3-0 Spurs" dan macam2 lagi.. Xsangka setan merah ni semakin kuat kan bila Ramadhan muncul. 


ii) iSetan
                                            

Pehhhh ini setan memang cool. Sebab apa cool? sebab setan ni sentiasa lepak ditempat sejuk macam tempat berhawa dingin. Barangan yang dijual sangatlah mencuci mata bagi mereka yang berkemampuan. Ini setan jugak menyebabkan ramai manusia lalai buang masa pergi lama2! haha.. yang xleh blah siap sempat mengutuk diri sendiri. SayaSETAN wahaha...papepun bulan Ramadhan tetap xtutup tempat ni! haha

iii) Seth Tan

Mak aiii.. Aku ingat fenomena citer ni dah habis la sebelum Ramadhan tu. Tapi masih keluar lagi siaran ulangan dia kat TV3 pepagi bute! Xpun ada yang tengok pon masih termiss2 gak, sempat layan kat Tonton ataupun Youtube.. haha adoiii macam2 la.. Ini Seth Tan pon salah satu yang terlepas dalam Ramadhan ni dari watak Nora Elena. Aku jujur aku xpernah langsung layan citer ni. Tapi disebabkan nama dia sesuatu yang unik! aku mengiyakan ajelah , sebab dia tergolong dalam entri ni haha~ 

iv) Lagenda Budak SETAN



Ohh kepada peminat yang suka cerita ni memang angau dan meleleh air mata mendengar ikutan citer ni ( yeke?) sobsobs~ Xkira lah betul ke x, tapi cerita pun telah menjadi wowww masa mula difilemkan yg diadaptasi dari novel. Sekarang pe susah, drama dia pun dah ada kat Astro Prima. mmg budak SETAN tol lah! kui3~


Ohhh dimana2pun ada SETAN. Tanpa mengira bulan dan waktu, nama ia tetap muncul dimana2 dan menjadi sebutan ramai! walaupapepun, SYAITAN (sebutan betul) yang sebenar2nya lah yang diikat akan muncul Syawal ni hehehe, Xtahula muncul godaan apa pulak yang lebih dahsyat kepada manusia lepasni~


pssst: Manusia Countdown nak raya, Syaitan Countdown nak bebas! :p

Monday, 22 August 2011

Calon UPSR hilang jari. Anda bila lagi?



Mak aihh..pakcik paling bosan dengar paper ada kes hilang jari sat kali nak raya. Tuhan dah kasi tangan untuk kehidupan seharian, jagalah sebaik2nya woo. Banyak kegunaan yang Allah beri untuk tangan ni. Bukan dengan cari pasal main benda bahaya! Dah kena sape sakit? haha~ Tindakan ini bukan saje menyusahkan diri sendiri jek, malah nyusahkan orang lain terutama keluarga. Keluarga mana xsedih tengok ahli dia sendiri hilang jari dan merana dipagi raya nanti?? xkan raya tahun ni nak pakai mumia nya punya kapan? demmm~
Mercun memang seronok main sebab nak up kan lagi feeling raya tu rasa, tapi dengan syarat xyah la nak up utk menyusahkan orang lain. Kepada mereka yg belum merasa sakit ni, anda jangan lah menyusahkan makbapak sendiri bila dah buruk berlaku. Wartawan, Jurugambar, Blogger mungkin xsusah sebab mereka ada point untuk diisi pada entry diorang siap kali terjadi perkara begini haha. Jom baca petikan Kosmo harini!
Noor Saipul menunjukkan tangannya yang cedera terkena mercun di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Ketika rakan seusia bergembira untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri minggu depan, seorang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berhadapan keadaan sebaliknya apabila kehilangan jari tangan kerana bermain mercun.
Kejadian tersebut menimpa Noor Saipul Mohammad, 12, ketika dia cuba menyalakan mercun bola menggunakan api dapur gas di rumahnya di Kampung Laka, dekat sini pada kira- kira pukul 1 petang semalam.
Akibat kejadian malang itu, pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Sri Ketereh dekat sini itu putus hujung jari telunjuk kanan selain cedera pada ibu dan jari tengah.
"Mercun bola itu terus meletup sebaik sahaja saya menyalakannya tanpa sempat saya melemparkannya," ceritanya ketika ditemui di Wad Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) dekat sini semalam.
Tambah anak ketiga daripada enam beradik itu, dia menyesal dan serik dengan apa yang berlaku.
"Saya tidak akan bermain mercun lagi selepas ini walaupun diajak oleh rakan-rakan,'' janjinya.

Ok..xpelah..semoga adik Saipul cepat la sembuh untuk amek UPSR ni yer. Kepada anda yang diluar, kalau anda rasa nak masuk paper dengan publisiti yang tinggi, mari pakcik terangkan menunya:

1) Ambil seberapa banyak mercun.
2) Sebelum bakar genggam kuat2.
3) Nyalakan api...dan tunggu hingga terbakar!

Insyaallah, kepada yang takyah uji akal. anda akan buat demi memasuki paper nanti! hohoho~
Papepun, beringatlah sebelum kena~ Dah hilang anggota baru nak menyesal adalah satu perkara yg sia2.. Sayangi Jari Anda Setiap Hari! Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin!

WWE: Buli Bodoh!!


Buli? biasalah. Mana2 tempat ada buli. Tak kira lah tempat tu kat sekolah, kem, asrama, tempat kerja atau dimana2 sekalipun. Buli ni terjadi bila ada nya sebelah pihak yang merasa diri dia hebat dan ego yang tinggi dalam melakukan, sikap macamnilah menyebabkan dia perasan hebat dan pikir bagus untuk membuli seseorang.

Dalam kamus dewan bahasa, edisi ketiga: Buli bermaksud:
i) Perbuatan mendera, mempermainkan seseorang, supaya dapat sesuaikan diri dengan suasana baru.
ii) Mempermainkan orang yang lemah dengan tujuan untuk mengertak dan menakutkan orang.
Tapi dalam video ni akan menceritakan bagaimana sifat buli itu berlaku jika kita membuli orang yang salah! Tahniah budak dalam video ini telah mendapat nama dalam blog Takyahuji Akal ini kerana sifat kebodohannya yang xmemikir panjang! yahooo... jom tgk untuk kali ke berapa daa! wahaha



video



pssst: Sebabtu ke Afdlin Shauki buat sambungan citer Buli Balik~ koi3

Sunday, 21 August 2011

Zhu Songhua: Guru tercantik di China! Sejauh mana cantik dia??


Kalini entri pakcik nak sebut pasal Cikgu Zhu Songhua ni. Mak aii aku bukan nak cakap dia ni betul ke cikgu ke tak. Tapi kalau betul la die ni cikgu. Boleh belajar ke budak2 kat sekolah tu?  wahaha lagi satu tak macam kena kacau plak ke dengan cikgu lelaki yg gatal ykat sekolah tu? hmmmmm taktaula labu...yang pasti dia ni seorang cikgu yang mengajar subjek bahasa asas di sebuah sekolah bernama Sekolah No.1 Primary School Attache.. Mempunyai tinggi 168 cm berat 50 kg dan potongan 34 24 34 haha...  Nak tengok betul ke tak, bawah ni ada gambar2 dia. Umur dah cecah 31.. tapi gaya bajet 20an..demmmm~ Sejauh mana kebenaran Cikgu Zhu Song ni tercantik di China? Ujiakal sendiri k.. 































Hahaha amacam? dah puas menatap lama2. Kepada yang dah ada bini dan awek tu, jaga2lah sikit yer pandangan tu. Kantoi karang susah gak ti ( takut jeles ) emmm tapi pakcik rasalah kalau betul wujud kat sekolah ada cikgu camni, umur dah 70 an macam pakcik ni still masih kuat dan gagah untuk sampai ke sekolah walaupun takde kena dgn silibus. manis kot. tipulah xcair kalau kena goda ni~ aishhh jangan pikir bukan2.. Cikgu ni wahahaha...

pssst: Siapa bilang cikgu melayu xmenawan~