Monday, 22 August 2011

Calon UPSR hilang jari. Anda bila lagi?



Mak aihh..pakcik paling bosan dengar paper ada kes hilang jari sat kali nak raya. Tuhan dah kasi tangan untuk kehidupan seharian, jagalah sebaik2nya woo. Banyak kegunaan yang Allah beri untuk tangan ni. Bukan dengan cari pasal main benda bahaya! Dah kena sape sakit? haha~ Tindakan ini bukan saje menyusahkan diri sendiri jek, malah nyusahkan orang lain terutama keluarga. Keluarga mana xsedih tengok ahli dia sendiri hilang jari dan merana dipagi raya nanti?? xkan raya tahun ni nak pakai mumia nya punya kapan? demmm~
Mercun memang seronok main sebab nak up kan lagi feeling raya tu rasa, tapi dengan syarat xyah la nak up utk menyusahkan orang lain. Kepada mereka yg belum merasa sakit ni, anda jangan lah menyusahkan makbapak sendiri bila dah buruk berlaku. Wartawan, Jurugambar, Blogger mungkin xsusah sebab mereka ada point untuk diisi pada entry diorang siap kali terjadi perkara begini haha. Jom baca petikan Kosmo harini!
Noor Saipul menunjukkan tangannya yang cedera terkena mercun di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Ketika rakan seusia bergembira untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri minggu depan, seorang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berhadapan keadaan sebaliknya apabila kehilangan jari tangan kerana bermain mercun.
Kejadian tersebut menimpa Noor Saipul Mohammad, 12, ketika dia cuba menyalakan mercun bola menggunakan api dapur gas di rumahnya di Kampung Laka, dekat sini pada kira- kira pukul 1 petang semalam.
Akibat kejadian malang itu, pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Sri Ketereh dekat sini itu putus hujung jari telunjuk kanan selain cedera pada ibu dan jari tengah.
"Mercun bola itu terus meletup sebaik sahaja saya menyalakannya tanpa sempat saya melemparkannya," ceritanya ketika ditemui di Wad Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) dekat sini semalam.
Tambah anak ketiga daripada enam beradik itu, dia menyesal dan serik dengan apa yang berlaku.
"Saya tidak akan bermain mercun lagi selepas ini walaupun diajak oleh rakan-rakan,'' janjinya.

Ok..xpelah..semoga adik Saipul cepat la sembuh untuk amek UPSR ni yer. Kepada anda yang diluar, kalau anda rasa nak masuk paper dengan publisiti yang tinggi, mari pakcik terangkan menunya:

1) Ambil seberapa banyak mercun.
2) Sebelum bakar genggam kuat2.
3) Nyalakan api...dan tunggu hingga terbakar!

Insyaallah, kepada yang takyah uji akal. anda akan buat demi memasuki paper nanti! hohoho~
Papepun, beringatlah sebelum kena~ Dah hilang anggota baru nak menyesal adalah satu perkara yg sia2.. Sayangi Jari Anda Setiap Hari! Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin!

4 comments:

shalina said...

pak cik ! tu la , kalau nak main mercun pon..mainlah mercun pop pop . haha ;D

Chuu Muqhlis said...

menu yg amat berguna.,
genggam kuat2 tunggu hingga terbakar >.<

cik sue ;) said...

tp mercun best.. ;D

echa takashimaya said...

nak salahkan sape?entah la.semoga cepat sembuh.