Friday, 26 August 2011

Tips: Cara Mengelakkan Kemalangan Mampus dan Tempat2 Speed Trap Sempena Hari Raya!



Hmmmmm macam biasa, bila tiba nak raya. Lagi2 harini dah hari jumaat, lautan manusia serta kenderaan menghuni jalan2 dan lebuhraya di Malaysia ini semakin meningkat. Semua niat kepulangan cuma satu, untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga dan sanak saudara yang tercinta kan! Tapi yang sedihnya, jalan raya sekarang dah macam tapak perkuburan. Mana2 jer ada jek kes kematian. Kat sini Pakcik ada tips2 bagaimana nak mengelakkan kejadian mati di jalan raya dengan sempoi k, layannnnnn~

1) KECUAIAN PEMANDU
Bahayanya bila memandu dalam keadaan cuai, bukan saja membunuh diri sendiri, malah nyawa orang lain beb. Lagi 1 kalau ko memandu dlm keadaan ngantuk, berehat la kat R&R beb. Jangan ngantuk punya pasal, ko bajet hebat dgn pasang azam niat yg tinggi " aku yakin boleh sampai," kejap jek ni lg " tahan3"...haha bila dah terjadi, tahan la anda dgn siksaan kematian, tu kalau mati, kalau hidup..dah sah2 menyusahkan diri sendiri. Jadi rancanglah perjalanan anda dengan tenang dan selamat tanpa tergesa2. Kampung xlari pun beb~ Dan kepada penumpang xkiralah duduk depan ke belakang, pakai tali pinggang keledar sebagai keselamatan diri anda jugak beb~

Sape wat kartun ni memang gampang bahaha~


2) KELAJUAN
Bawak laju memang best woo.nikmat dia memang enjoy la. Tapi tgh2 jam hari raya ni. Wajar ke pecut sampai 160km/j kt highway apetah lagi kat jalan persekutuan mahupun jalan bandar? memang lah lori takdak sgt time tu. tapi kereta motor konpem bersepah woo. yang xboleh blah, ada pemandu xdapat hilang sabar, potong ikut lorong kecemasan. ( aku xtau apa dia nak kejar biasanya kat highway) dan paling best ada yg ghairah nak memotong2 sampai maen high beam 5,6x.. Kepalaa buu dia r..tahula kereta mewah tp respek la orang lain dok~ pikir hg sorg ja ka kereta ada lampu? nak cepat2 potong kereta depan pun slow.kui3~

3) PEMALAS NAK SERVIS
Kereta mahal, bini cantik dan laki hensem, anak ramai macam satu team futsal, pakaian mampu beli sampai 5,6beg dalam but kereta. Tapi pemalas nak servis adalah satu perkara paling takyahujiakal dalam hidup. Pehhh xsalah kot spend sikit duit untuk kereta dan nyawa sendiri. Alasan xsempat dan yakin dengan kehebatan kereta anda adalah karut lagi marut dalam pemanduan. Karang jadi pape xke nyusahkan diri sendiri dan orang lain? Lagi satu sikap org2 kita ni, dah nak hujung2 raya baru sibuk nak servis kt kedai. ( lain la kalau geti ) sian abg pomen oi..diorang pon nak gak raya konpem2 la kedai tutup awal haha.. Apapun, check2 la brek, minyak hitam, lampu, tayar, viper dan macam2 lagi boleh beb.

4) TEGING TAK BERTEMPAT
Orang lain pon nak beraya, tapi takde lah sampai xsempat nak sampai kampung yg amek masa perjalanan sampai 3hari. ada si bodoh maen hembus jek langgar lampu merah, ada yang masalah lagi pada sstgh mereka yg malas nak pakai helmet, anggap "alahh jalan kampung je kot watpe nak pakai" haha mmg la boleh anggap camtu, tapi tak pikir ke time raya ni bape helai kereta yang ada? dan aku xheran knp banyak motor eksiden. hmm lagi satu, pasal pejalan kaki pon ada yang rasa diri sekebal Superman. Ada jejantas nak jugak lintas bawah. Ada ruang pejalan kaki (kalau ada r) , nak jugak jalan kat tepi jalan raya. Memotong double line pon biasa gak, mana2 ada. Tapi lagi terbaek kalau ko potong double line tgh naik bukit, silap2 bertembung lori balak memang cun gak. So, jadikanlah kesabaran dalam memandu. Standard r Raya memang la jam~



5) BERDOA KEPADANYA
Sementara adanya lagi Ramadhan ni, xsalah kita lengkapkan amalan dimalam2 terakhir ni dalam mengejar Lailatulqadar, mohon doa kepadanya agar sihat dan selamat pergi dan balik ke destinasi yang ditujui. Insyaallah. Xlupa juga sebelum memandu, bacalah doa naik kenderaan. Ada yang excited naik kereta pasang lagu raya kalau boleh speaker nak kasi pecah biar kereta sebelah dengar, tapi doa lupa nak baca parah gak, ni doa dia...




Semakin banyak kenderaan, semakin banyak kemalangan. Pandu dengan Cermat Ingatlah orang yang tersayang! Ikat dengan ketat! Jauhilah jarak kenderaan semasa memandu! Selamat Hari Raya jugak kepada petugas2 dan pihak berkuasa yang telah diamanahkan dalam menjaga jalan raya sempena hari raya ini. Jasa korang dalam mengawal dan mendisiplinkan pemandu memang terbaik~ Xlupa kurangnya selamat hari raya kepada mereka yang terkena speed trap haha rm300 lah jawabnya. kat sini aku ada jumpa banyak kat FB org post pasal tempat2 speed trap la. aku copy paste jela:

KAWASAN SPEED TRAP. Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:

1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

Jaga-jaga

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang



Hmmm dah hapal dah tempat2 ni?? haha meh sini pakcik nak tunjuk satu video yang sangat memberi pengajaran. Tahniah kepada director dan pelakon dalam video klip ni.. Cara anda membuat ni dah boleh menyedarkan banyak nyawa2 disana beb! Layannn:



pssssst: Selalu dengar berita kematian di jalan raya di akhbar dan TV, bila dah terjadi kat sedara sendiri baru tahu betapa terkejut dan sedihnya mendengar~ SELAMAT HARI RAYA!

1 comment:

Mdnoor shariff said...

Baca ayt2 pendinding dari setan bila nak keluar.
Bila basuh kereta, siram dengan sebaldi air yg telah dicampur sedikit cuka & garam dan dibacakan surah annas. InsyaAllah, selamat.