Friday, 19 August 2011
4 Minggu Rumusan Kemana Duit Habis Ketika Ramadhan~
Nampaknya bulan puasa dah semakin tiba untuk penghujungnya..
Entryy kalini nak sembang pasal bajet Ramadhan..
Semua tahu bajet tu apebenda , xyah nak diciterkan lagi..
Tapi kita cuma nak tahu bagaimana suasana perbelanjaan orang yang lalui tak kira mereka yang bekerja, sudah bersara , pelajar atau sebagainya.. Untungnya 1 Ramadhan kalini jatuh pada 1 Ogos 2011~ so senang kata senang lah nak kira hari tu berapa hari dah puasa.. Tapi ini entry nak buat rumusan setiap minggu~
MINGGU 1:
Ramadhan bermula, macam biasa semangat nak gerak ke bazar dengan poket yang tebal, nampak makanan di bazar semua nak sapu, mata terbeliak kadang2 mencuci mata bukan sahaja melihat makanan malah melihat awek2 seksi, duit untuk makan dan minum menjadi segala2nya, asal boleh nampak sedap dari luaran angkat terus, paling best beli byk2 time buka ciput makan je dah baring sampai tertingal teraweh, lastly sampai moreh dan sahur pun belum tentu habis lagi makanan tu. emm macam biasa yang xtermakan dihumban ke tong sampah sbb simpan lama2 takut basi. Selepas sampai pertengahan minggu1, pikir2 balek asik banyak habis jer duit pegi bazar, pergi pasar raya plak, beli barangan dapur utk stok sampai raya. Ayam,makanan laut daging,sayur,beras,minyak,buah benda wajib ada~ Itulah realiti bajet yang dialami pada awal2..
MINGGU 2:
Sedang duit tgh ada ni, luangkan masa dihujung minggu dengan membeli belah. Nampak baju cantik nak beli, nampak baju murah nak beli, nampak baju lain dari lain, nak beli bahkan dah ada 2pasang baju siap tempah dijahit dah. Seluar pun jangan cakap la, asal berjeans jek bergaya. Barang2 kecantikan dan kehenseman pun nak beli gak, biar orang cakap feminin dan maskulin tersemat dibibir org lain~ tu xmasuk lagi yg gilekan kasut, rumah tu kalau aisbox boleh simpan kasut dah lama letak dalam tu. haishhh maseni bazar dah kureng sikit dah pegi, nak masak pun malas dah. Macam biasa, buka restoran kat luar lah. Xpun bagi yg bermampu nak rasa gak lah buka kat hotel macamana best ke x dan paling best gak harga konpem atas RM20 satu kepala. wahh sikit gak ehh belanaja~ kui3 murah rezeki..
MINGGU 3:
Masa ni dah start nak beli perhiasan untuk rumah, tengok jiran sebelah asik angkat sofa baru jek rasa nak beli. Pantang tengok kat Metro ada jualan murah, mula ajak anak beranak pergi kedai perabot, Alamak bekas kuih xbeli lagi, tahun ni biar nak cantik2 punya. Pinggan Sudu semua nak import beli kat langkawi. Langsir pun kalau boleh nak tukar setiap tahun biar tetamu tak tegur. Kerja2 membeli cat pun diaktifkan selepas tengok jiran2 mencapap dengar pelbagai kalerful. Ohh lupa, malam nak meriah jugak, lampu raya dah beli dalam 3kotak dicampur pelita + minyak tanah lagi. Ok meriah! Emmm selak2 dompet jap, gaji xmasuk lagi, duit dah banyak habis kerana TERbeli keperluan2 untuk raya nanti. Xpela, bubur kat masjid kan ada.free amek jela kat situ. Kepada budak2, duit untuk mercun tu wajib beli. dapat duit beli mercun dari sape? bapak juga bagi. okeyh~
MINGGU TERAKHIR:
Gaji dah masuk dah.. dapat bonus ( bagi yg dapat ) ok..mula balek rutin yang sama macam minggu2 sebelum ini.. Asal berduit, cuma kalini tengok bazar, shopping complex penuh jer..aishhhh xleh jadi ni,pergi lagi membeli belah.. Emm Kuih Raya nak buat xgeti, beli jela dalam 20 balang, kerepek beli 10guni kat Ayer Hitam. Air malas nak bancuh, beli air gas berkotak2. Pasar lagi la wajib nak pergi, cari bahan2 untuk masak ketupat,rendang,lodeh,sambal kacang,lemang. Wahh banyak gak belanja, dah nak raya ni. Mulakan langkah dan persiapan awal ke kampung, servis lagi kereta + minyak + tol + bendera Malaysia (semangat patriotik utk merdeka) . Yeahhh ingat dah lega dah xde belanja, xde maknanya. Siapkan duit seringgit2 untuk duit raya nanti. bukan kena bagi kat anak2 buah je, malah tetamu lain yg kadang2 datang rumah bawak 1bas. Pakai line HP mungkin xperasan duit lalu, tapi bagi yg memakai topap, nak xnak kena lah melayan reply kadang2 lebih 30msg masuk malam raya tu. Ohhh duit3... Celah mana nak cekau kalau mereka yang xberduit ni??
Ok.. SELAMAT HARI RAYA.. Jangan salahkan toyol atau hantu raya jika duit anda habis begitu cepat sekali. Biasalah. nama pun raya. hati2 di jalan Raya k!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
pakcik.. dwet raye sy jgn lupe ye.. bajet bajet jgk, kekeke.. =P
haah pakcik. kad raya pun same k.
kbai
haha sorang nak kad , sorang nak duit raya,, mari la datang rumah! haha
cerita pasal bajet ni..aritu g mydin nak beli barang dapur..kebetulan tengah bukak purse sebab nak pulangkan duit yang sy pinjam dr adik..tiba2 pak guard mydin tegur kata tak cukup duit ke nak shopping ....huhuhu dia kata takpe pak cik paham bulan2 mcm ni duit selalu takde...sy pn mcm T_T..kalau sy x cukup duit memang tak jejak mydin langsung hahahaha
Post a Comment