Wednesday 17 August 2011

BEZA UCAPAN RAYA dulu & sekarang~


Entry kali ni nak cakap pasal hari raya plak~
Saban hari, ucapan raya ni dah jadi macam satu kewajipan kat seseorang samada kepada keluarga, teman rapat atau sahabat lama. Tanpa ucapan ni jugak, xrasa macam raya tu lengkap kot haha.. Ucapan ni sebenarnya boleh dihantar dengan pelbagai cara yang unik beserta ayat2 yg menarik~
kat sini pakcik nak cerita step2 bagaimana orang dulu wish raya: 


1) ZAMAN DULU:

 a) Masa zaman batu dulu, Penduduk bermasyarakat paling jauh  bermukim pun mesti dalam 2km kalau tinggal sekampung, maybe cara ucapan diorang masetu belum moden dan mungkin menggunakan kaedah asap sebagai jalan utama untuk menandakan ucapan Hari Raya dengan harapan ada lah tetamu hadir~     
     

b) Apa yang pakcik merasakan, mungkin pertengahan sebelum nak masuk ke zaman logam, manusia sudah mula berfikir panjang ( kos membakar asap boleh menyebabkan jerebu dan semput) dan malah mereka semakin bijak dalam membuat penilaian dgn mengajar haiwan seperti burung sebagai utusan  kad raya kepada saudara mara atau sahabat yang duduk berjauhan. Cara ini mudah dah jimat dengan hanya berbekalkan upah makanan sahaja utk burung tersebut utk menghantar~ 
2) ZAMAN 70-80-90an: 

a) Pada zaman ni memang aku cakap time abg posmen datang rumah memang ramai la, mane x excitednye, bukak2 peti surat. ada org hantar kad raya! Apa yang bestnye kadang2 ucapan tu buat kita terharu dengan kata2 maaf dan rindu dari kawan2 atau sedara mara, yela..dah duduk jauh2 tiba2 hantar kad raya sebagai tanda penghargaan, mana xheppinye! yang menariknya siap beri kad yang berlagu lagi hahaha xpun ada yang kita bukak2 je sampul, terabur abes sampah2 kertas yg diselit (ni bdk nakal biasa).. Zaman ni gak, dapat kad raya macam dapat rm50!! bangga sgt2.. konpem terus beli tali, steple, tampal didinding rumah (kebanyakkan rumah kayu) banyak2 dan tinggi2 dengan pelbagai corak~ Memang org cakap feeling raya masa tu memang betul2 rasa la beb! :D


b) Ye..zaman dulu henpon xberapa nak popular sgt la..tapi cukupla pakcik tadahkan dgn gambar ni! ni malas aku nak ungkit pasal telepon ni... sebab bila terigt jek telepon legend ni terbayang ayat sedih " mak, ayah, salam lebaran.. harini xdpt balek beraya, sebab kena bekerja di perantauan :( " xpun ada yg nangis " selamat hari raya mak ayah yg jauh disana. raya ke 7 nanti sy sampai kg sana eh" hehe normal la..dah kahwin, memang adat tukar menukar giliran balek kg~ Telefon ini memang berjasa!


3) ZAMAN MODEN:
a) Masuk zaman moden, semua nak bangga pakai HP, macam2 size, macam2 berat dan dok tyg lagu macam2, macam2 kaler dan macam2 ada. Inilah teknologi org cakap ada di depan jari... Hantar SMS ke semua kawan, memang samok dengan pelbagai bentuk dan ayat2 SMS yang cantik! hehe biase pakai ni lagi jimat la dari pakai kad raya. Mana xuntungnya sykt telekomunikasi ni, kemana2 hidup bawak HP dalam masa satu hari sebelum raya, bersepah kawan2 wish..kadang2 xterbalas sebab byk sgt.. Ada yg pakai HP cikai2, sikit2 nak delete msg dr inbox kadang2 dilemma xtau nak delete msg mana~ sian kad raya :(
b) Sejak menjak FB naek kat Malaysia pada 2007 ni mendadak orang jadi penjimat. . Isunya FB jela jalan terbaek nak wish dan tagged gambar2 sampai  berpuluh2 notification salam aidilfitri secara percuma dengan on9 sahaja! haha cara ni memang jimat lagi cermat, sayangnya feeling raya dia semakin kurang lah. Kerana org yg wish tu bukan sahaja xdirindui, malah menjadi bosan sebab dah hari2 dah tatap muka dia di album FB,tu belum masuk kes baru lepas chat dan komen dia selalu haha so memang xdiakui teknologi yg pantas menyebab suasana tu berubah dari semasa ke semasa. Tapi, untungnya ada benda camni melahirkan lagi ramai bakat2 design,photoshop bentuk2 kad raya versi komputer utk diuplod kat FB!

c) Dulu, kat perantauan nangis2 dalam telepon nak balek kampung nak balek kampung ,adui mendayu2 dengar.. Sekarang dah ada YM, Skype, dan macam2 lagi video calling dah memudahkan hati dan perasaan yang terindu kat keluarga tercinta. Nak nangis pun xtau nak nangis camane dah, 30 hari ramadhan asik YM gn family jer.. Juz say Selamat Hari Raya dari komputer ke komputer, tgh hari raya dah boleh buat hal masing2 sebab dah ucap kat komputer pun dah boleh setel maaf sumer.. macam xde ape, tapi bg yg di perantauan, mereka cukup terasa  kecemburuaan suasana di kampung masing2. Kerinduan pada family tu tetap rase kan? keh3~
d) Haaaaaa cara ni memang sempoi.. Ucapan salam lebaran bla3 dengan muka comel dan pakai baju 4 lapis.. Posting belakang gambar kat suasana oversea kepada keluarga tercinta dari Universiti bla3, Then,masuk je paper, dah boleh rasa bangga dah family2 kat tanah air. Mereka di tanah air pun rasa nak frame dan uplod je masuk FB sebab bangga dan terharu melihat anak kesayangan di perantauan! ( FB jugak ) haishhhh.. Macam2 ragam dan perubahan berlaku kan utk wish raya ni. Sama2 kita nantikan apa akan berlaku akan datang nanti~

16 comments:

M[i]$Z[a]C[k] said...

hahha.. betol2.. kesian kad raya.. skrg asek dapat kad raya dari kedai spek mata jee :P

LoLiPoP BuLat said...

nice entry....

Aima said...

skarang kad raye tengelam... mase depan nnti hari raya yg tengelam.. harap jgn-lah.. :D

Tak Yah Uji Akal said...

kad raya gak terbaek kan! hahaha las sekali dapat kad raya adalah 4 tahun lepas :(

Mohd Hazwan Hashim said...

eh , tapi kalau wish kad FB tak style la .. kad lg best an ..rasa cam oldscool je. btw aku still dpt lg kad . haha :)

HK said...

makin moden makin senang nk wish..tapi tetap best klu still terima kad rya. hehe

ilovekampungku said...

dah jarang saye dapat kad raye..huhu

Fairuz Zainal said...

belum sampai satu pun kad raye setakat harini untuk raye kali ni. kbai sedihhhhh haha!

Tak Yah Uji Akal said...

banyakkan berdoa semoga kad raya jatuh ke riba tahun ni~ kekekekeke

♥ 미스 kiera ♥ said...

mtk share. :)

--:::TiongEmas:::-- said...

haha2..best entry ni..share ea ;)

Tak Yah Uji Akal said...

hehe no hal la~ :D

--:::TiongEmas:::-- said...

tq bos..

SyedGraphix Dot Com said...

kad raya sekarang makin dilupakan. kahh kahh..

baru 4 hari dipublish dkat youtube da berjaya mendapat 2337 dislike! waaaa! hebat² . HAHA. http://www.syedgraphix.com/2011/08/max-247-video-review-ewww-its-bad.html

Anonymous said...

utk pengetahuan hari raya ni wujud time zaman nabi.. bkn zaman batu. jdi penggunaan asap dan burung tu xde dah kot. sbb msa tu dah ada posmen.

Fairuz Zainal said...

woi ade org dah kopi entri ni. wauu glemer la pakcik. ce tengok sini

http://apeace1987.blogspot.com/2011/08/pusing2-ronda2-jumpe-lak-satu-entry-ni.html