Saturday, 27 August 2011

Gempar: Apabila Pelita dan Lampu Raya BERGADUH!!!


VS


Hubungan keruh antara 2 pihak ini sudah berlarutan sejak sekian lama. Berikutan kemunculan lampu raya  yang mendapat sambutan menggalakan dari penduduk2 sekarang~ Ikuti dialog mereka yg sempat ditemubual mereka di konti TakYahUjiAkal fm aritu bersama DJ~

DJ = Dave
P= Pelita
LR= Lampu Raya

Dj= ASSALAMUALAIKUM SEMUA.. HAAA APA KABAR SEMUA?
P= Haaa wassalam. Xde kabar menarik pon, macam biasa lah. Sejak dah popular time raya ni, semua syarikat radio berlumba2 nak temubual dengan aku. xgitu? haha
LR= Wassalam. Sihat2.. Maklumlah semakin ramai memasang ku ni. Nak kerek lebih pon xboleh, karang batal puasa plak nanti ngeh3~



Dj= HAAA NI ABG DJ NAK TANYA NI,, BAGAIMANA SAMBUTAN KORANG MASA RAYA?
P= Sambutan aku? haha apela ko ni dj.tanya soalan merapu jer. Aku ni, time raya memang dah jadi simbolik la beb kat masyarakat melayu, dr dulu bila dah nak time ramadan atau 7 likur ke atau dah nak raya ke.dorang akan pasang aku beb.memang lah laku bai~
LR= Sambutan aku xla sehebat mana, tapi cukuplah makin lama makin ramai yang dah guna aku beb hahaha.. Aku ni bukan jek dapat sambutan kat kampung2 woi, malah kat bandar pon ramai giler pasang beb. tempat cam ko di kawasan rumah dan bangunan tinggi2 ada ke pasang? hahaha~


Dj= APA BUKTI KORANG CAKAP SAMBUTAN KORANG MAKIN LAKU NI?
P= Haha DJ. sekarang ni, lu pergi je mana2, ramai dah pasang aku beb. dulu aku ni pelita takde kaki, seiring dengan teknologi dah berubah. siap ada tongkat buluh beb. sape cakap rumah bandar xde pasang? bebual biar benar sikit tongoi... Orang bandar pon cari aku beb, baru feeling raya tu rasa. Lagipun bukan semua pasang selalu pelita ni! hahaha~
LR= Adoii lawak antarabangsa pon xlawak cam ko laa. Memang la ko tu sambut time puasa dan raya jer, kalau ko wat time raya cina xke pelik? aku ni lagi bagus bro, xkira hari raya apa, waktu apa, asal ada jer function, setiap masa aku boleh pasang beb. Sebabtulah aku malas nak cakap lebih. hahaha
P= tu tandanya aku special beb!! cuma puasa dan hari raya jer~
LR= sudahlah.speSial ada lah.dah la satu kaler jer. kaler api.. Aku ni bewarna warni beb! wakakaka~

Dj= EHH DAH2 TENANG2.. KORANG PUASA KAN? SABAR2..MAKIN PANAS KONTI KITA SEKARANG NI, JADI ANTARA KORANG NI KENAPA KORANG MENDAKWA KORANG LAGI BAGUS??
p= mestilah aku bagus. kemeriahan tu memancar beb, dak2 nak maen mercun dan bunga api pon pakai aku? kau ada ke? haha dah la pakai elektrik lak tu. Lau black out, memang haram gelap la kau. toksah nak bangga sangat kaler ko tu warna warni.siang2 takdenye orang nak open kau haha.aku ni siang ada malam pon ada beb hahaha~ ni baru unik dan orang kata terbaek!
LR= ekelehhhh...ko pikir ko jela boleh bukak siang? sahabat setan jek suke pasang ko waktu siang2. aku ni selagi tuan rumah tu ada duit nak bayer karen, 24 jam nak open aku pon boleh r. ko tu, leceh, nak kena isi minyak tanah lagi r. dah la minyak sekarang mahal. pastu faktor kebakaran pon banyak dari ko kalau ada kemalangan ke pape ke.. bahaya dok ko, aku dulu sekolah ingat cikgu ajar aku pepatah " api ni kecik jadi kawan, bila besar jadi lawan" ishhh takut aku dengan ko ni.sebabtu ko xdapat sambutan sgt skrg weyhh hahaha
P= weyh ckp baek2 dik, lu tu zaman2 milenium je baru muncul. zaman dulu xdanye nak wujud,hormat la sikit.aku ni legend bai. nak cakap ak nye minyak tanah mahal. haha ko ingat tarif elektrik tu murah ke? sikit2 terbakar.dah kene beli mentol baru bahahaha tu kalau sebiji mentol, kalau 7,8 tebakar. xke nak kena beli baru lagi? xmemasal masuk tong sampah
LR= ahhh banyak mulut plak org tua ni..jeles lah tu! dah la lemah, xtahan lama. Habes minyak jek xleh hidup dah. haha kene tiup angin pon kadang2 boleh padam kau pelita oi! wahaha..dah la busuk, panas, berminyak, wat hitam tangan jer..eyuwww...

Dj= DAH2 JANGAN GADUH.TENANG2.. KITA TERIMA PANGGILAN PULAK YE. HALLLO SAPA DISANA?
Pakcik= Hallooo aku ni..pakcik..ni nak telepon nak cakap dengan lampu raya dan pelita r.
Dj= HAA SILAKAN..
Pakcik= nak kata korang bodoh tapi dah lulus masuk sekolah memandu,  dok gaduh2 sapa hebat, sapa bagus r. sapa tahan lama lah. Kepala otak ko pernah pikir tak, manusia beli ko pakai apa?? kalau manusia xberduit jangan harap lah korang nak laku dalam penjualan beb, nak xnak duduklah diam2 korg kat kedai sampai raya tahun depan!
P & LR= Baik pakcik~ :D gegege..gunalah kami ye sempena raya ni!
pakcik= memey la!!~
Dj= haha dah3..terimakasih pakcik kerana meleraikan pergaduhan tadi. Mari kita dengarkan lagu daripada Siti, hanya di Takyahujiakal FM!!!










2 comments:

Mohd Hazwan Hashim said...

HAHAH . lol !
tak boleh blah ....
Btw, Selamat hari raya :)

Tak Yah Uji Akal said...

haha selamat hari raya gak! :D